Posts

Keunikan masyarakat makanan Hakka di Negeri Sembilan, Malaysia

Image
 1.0 Pengenalan Menurut   responden  puan   Chin , Hakka merupakan suku kaum Cina  yang ketiga terbesar di Malaysia selepas Hokkien dan Kantonis. Hakka dalam bahasa Cina ialah ‘ 客家 (ke jia) ’   dan ‘ 客 (ke) ’   bermaksud tetamu. Maysarakat Hakka telah datang ke Malaysia sejak tahun 1957 dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap Malaysia. Hal ini telah mewujudkan pelbagai budaya masyarakat Hakka di Malaysia, terutamanya makanan. Namun demikian, generasi kini tidak tahu masyarakat Hakka secara mendalam dan akan menyebabkan masyarakat Hakka akan dilupakan pada masa akan datang. Oleh itu, penulisan tersebut akan menekankan tentang masyarakat Hakka dan keunikan makanannya supaya generasi lain dapat menikmati makanan-makanan tersebut dengan orang lain. Persoalannya, apakah keunikan makanan masyarakat Hakka di Malaysia? 2.0 Penghijrahan masyarakat Hakka Menurut Luo Xiang   L in   (1993) dalam bukunya   Introduction to Hakka Studies , H...