Keunikan masyarakat makanan Hakka di Negeri Sembilan, Malaysia

 1.0 Pengenalan

Menurut responden puan Chin, Hakka merupakan suku kaum Cina yang ketiga terbesar di Malaysia selepas Hokkien dan Kantonis. Hakka dalam bahasa Cina ialah ‘客家(ke jia) dan (ke) bermaksud tetamu. Maysarakat Hakka telah datang ke Malaysia sejak tahun 1957 dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap Malaysia. Hal ini telah mewujudkan pelbagai budaya masyarakat Hakka di Malaysia, terutamanya makanan. Namun demikian, generasi kini tidak tahu masyarakat Hakka secara mendalam dan akan menyebabkan masyarakat Hakka akan dilupakan pada masa akan datang. Oleh itu, penulisan tersebut akan menekankan tentang masyarakat Hakka dan keunikan makanannya supaya generasi lain dapat menikmati makanan-makanan tersebut dengan orang lain. Persoalannya, apakah keunikan makanan masyarakat Hakka di Malaysia?

2.0 Penghijrahan masyarakat Hakka

Menurut Luo Xiang Lin (1993) dalam bukunya Introduction to Hakka Studies, Hakka bermigrasi selama 5 kali dari Zhongyuan ke selatan. Migrasi pertama berlaku pada awal abad keempat semasa kejatuhan Dinasti Jin. 

    Seterusnya, kejatuhan Dinasti Tang pada tahun 907 telah diikuti oleh kekacauan sosial dan pergolakan politik selama setengah abad. Hal ini menyebabkan migrasi kedua berlaku dan orang Hakka terpaksa bermigrasi ke selatan.

    Selain itu, penyerangan Jurchen terhadap Dinasti Song pada tahun 1127 tentera Mongol menyerang China selepas 80 tahun telah menyebabkan orang Hakka mengikuti keluarga Song Diraja bermigrasi ke Guangdong kali ke tiga.

    Pada tahun 1661, pertempuran berlaku antara penyokong setia Ming dan dinasti Qing yang diperintah. Kerajaan Qing menawarkan pengecualian cukai tanah dan lembu atau benih tanaman percuma kepada penduduk yang bersedia menetap di kawasan terbiar. Hal ini menyebabkan orang Hakka bermigrasi lagi kali yang keempat.

    Akhirnya, orang Hakka bermigrasi ke negara luar kali yang kelima kerana tiga peperangan berlaku di selatan China, iaitu Perang Candu, Pemberontakan Taiping dan Perang Puak Hakka-Punti.     

    Apabila mereka berhijrah ke Malaysia, mereka tinggal di kawasan yang mempunyai pembangunan ekonomi yang mundur seperti luar bandar, kawasan pergunungan, kawasan pantai dan lain-lain. Kebanyakan mereka bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah (Carstens, 1996). Lama-kelamaan, ekonomi mereka semakin berkembang dan menyebabkan lebih banyak orang Hakka berhijrah ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan. 

3.0 Budaya masyarakat Hakka 

  • Sikap kerajinan
  • Sikap bersatu padu dan beramah mesra
  • Menghormati orang tua dan menjaga golongan muda
  • Mahir dalam bidang perniagaan
  • Semangat mempertahankan diri yang kuat
4.0 Makanan masyarakat Hakka

Menurut pandangan puan Chin, salah satu makanan masyarakat Hakka yang terkenal adalah teh tumbuk, atau dipanggil sebagai ‘Lei Cha’ dalam bahasa Cina. Lei cha merupakan suatu hidangan nasi tradisional yang meletakkan sayur-sayuran, kacang, tauhu dan lain-lain ke atas nasi. Keunikan makanan tersebut adalah sup teh yang dihidangkan bersama-sama dengan nasi tersebut. Hal ini kerana sup teh diperbuat daripada daun selasih, daun pudina, daun ketumbar, daun mugwort (ai cao ye), kacang tanah, bijan, daun teh, halia dan garam. Kemudian, bahan-bahan tersebut akan ditumbuk dalam suatu alu dan lesung yang besar. 

    

        Gambar 1: Lei Cha

           (Sumber:https://backyardfresh.sg/blogs/recipes/hakka-lei-cha-rice-pounded-thunder-tea-rice) 

   Selain itu, makanan yang kedua ialah ‘kou rou (扣肉)’ atau dipanggil sebagai kiu nyuk dalam bahasa Hakka. Mei Hua Kou Rou(梅花扣肉) (daging khinzir dengan sayuran kering) merupakan salah satu jenis kiu nyuk yang terkenal dalam masyarakat Hakka. Ia diperbuat daripada daging khinzir dan meigan cai(梅干菜) (sayur-sayuran yang kering). Ia juga merupakan hidangan perayaan yang sesuai untuk makan malam Tahun Baru Cina atau majlis istimewa lain. Cara pembuatannya adalah sayur-sayuran yang kering harulah direndam dalam air dan dibasuh sehingga air tersebut kelihatan jernih. Bagi daging khinzir pula, ia direndam dalam air sejuk dan masukkan hirisan halia serta bunga lawang ke atasnya. Selepas itu, ia dididih selama 35 minit dan mengeluarkannya. Seterusnya, ia dipanaskan sehingga kulitnya berwarna perang dan potongnya. Kemudian, sayur yang telah dibasuh tersebut dimasak dengan gula dan halia kasar. Akhirnya, sayur tersebut diletakkan ke atas daging tersebut secara rata dan mengukusnya selama 75 minit.


                                          

Gambar 2: Kiu Nyuk

                                       (Sumber: https://m.xiachufang.com/category/1005522/)

    Selanjutnya, makanan yang ketiga adalah tauhu sumbat. Mula-mulanya, blok tauhu diukir di tengah dan diisi dengan campuran makanan berasaskan daging dan sayur-sayuran. Kemudian, tauhu tersebut digoreng sehingga warna keemasan dan berpakaian dengan sos berkilat. Apabila menyediakan bahan-bahan makanan tersebut, elakkan memilih tauhu yang mudah patah supaya boleh mengisi campuran makanan secara efektif. Selain itu, tauhu berlebihan boleh digunakan untuk memasak sup seperti suan la tang(酸辣汤) (sup masam panas).

                                                

                                                           Gambar 3: Tauhu sumpat
    Kemudian, makanan yang keempat ialah poon choi. Poon choi adalah hidangan yang diperbuat daripada banyak bahan seperti daging, makanan laut dan sayur-sayuran. Makanan tersebut selalunya dihidangkan semasa musim perayaan dan menjadi popular di Hong Kong, Malaysia serta Singapura. Ia diperbuat dengan merebus perut khinzir. Kuah yang dikeluarkan daripada perut khinzir tersebut juga akan diserap ke dalam lobak dan batang tauhu goreng. Berdasarkan sesuatu cerita, seorang maharaja melarikan diri ke sebuah kampung. Penduduk kampung mengumpulkan semua bahan berharga mereka dan masak untuknya. Walaupun maharaja tersebut mempunyai seluruh tentera bersamanya, penduduk kampung terpaksa menghidangkan makanan tersebut di dalam besen kayu. Makanan poon choi pun dilahirkan dalam kalangan masyarakat Hakka. Pada masa kini, terdapat penduduk kampung masih menghidangkan hidangan ini menggunakan besen kayu yang telah direndam sebelum digunakan bagi mengelakkan tumpahan makanan tersebut.

                                                                    Gambar 4: Poon Choi

                (Sumber:http://www.thehungryexcavator.com/2016/03/poon-choi-recipe.html)

    Tambahan pula, makanan yang kelima adalah cuka hitam kaki khinzir atau dipanggil sebagai zhu jiao cu (猪脚醋) dalam bahasa Cina. Makanan tersebut adalah hidangan yang diberikan kepada ibu sebulan selepas mereka bersalin. Mayarakat Hakka mempercayai bahawa ia akan membantu ibu untuk memanaskan bayi di dalam perut tersebut dan mengelakkan kesan sampingan yang buruk dalam badan mereka apabila mereka berumur tua. Kolagen daripada  lemak kaki khinzir yang dimasak dengan cuka juga akan membantu menambah kalsium dan kolagen yang hilang semasa kehamilannya. Selain daripada kaki khinzir, telur yang kaya protein juga ditambah ke dalam hidangan untuk membantu membina otot belakang. Kaki khinzir dan kulitnya yang direndam dalam cuka akan menjadi lembut dan mudah dikoyakkan apabila dimasak. Rebusan cuka dan halia pula akan berasa masam sehingga mengganggu mata dan hidung apabila mendekatinya pada mulanya, tetapi ia menjadi baik selepas ia dimasak sehingga kaya dan manis.


                                                           
Gambar 5: Cuka hitam kaki khinzir
    Seterusnya, makanan yang keenam ialah manik sempoa Hakka. Ia merupakan hidangan tradisional Hakka yang dibuat dengan keladi. Pada masa dahulu, kebanyakan pengiraan matematik menggunakan kalkulator abakus yang dipanggil sebagai suan pan zi(算盘子) dalam bahasa Cina untuk mengira harga sesuatu barang. Oleh itu, makanan tersebut disediakan semasa Tahun Baru Cina yang menandakan kewangan dan kemakmuran. Makanan tersebut disediakan dengan menumbuk keladi dan masukkan tepung ubi kayu serta air panas ke dalamnya. Selepas ia menjadi acuan, cubitkan sedikit acuan tersebut untuk menjadi bentuk bola. Selepas itu, letakkan acuan tersebut dan mendidihnya sehingga ia terapung di permukaan air. Akhirnya, masaknya dengan menambah daging khinzir, udang kering, cendawan telinga kayu, bawang putih, bawang merah dan bawang hijau ke atasnya.


                                                                  Gambar 6: Suan pan zi
    Akhir sekali, makanan yang ketujuh ialah ayam garam bakar. Makanan tersebut diperbuat dengan meletakkan halia, daun bawang Cina dan bawang putih yang ditumbuk ke dalam ayam. Seterusnya, ayam tersebut akan dibalut dengan kerajang aluminium dan letak ke dalam garam panggang untuk memasaknya. Akhirnya, ayam tersebut boleh dikeluarkan daripada garam tersebut dan boleh makannya. Menurut pandangan puan Chin, makanan tersebut dibuat kerana ayam tersebut boleh tahan dengan lebih lama jika dimasak dengan garam.

                                                           
 
                                                     Gambar 7: Ayam garam bakar

4.0 Cabaran mewarisi makanan masyarakat Hakka

Pada masa kini, generasi kini tidak tahu makanan masyarakat Hakka. Menurut pandangan puan Chin, salah satu faktor utama adalah ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa sibuk bekerja dan tidak akan meluangkan masa untuk masak makanan Hakka kepada anak-anak mereka. Oleh itu, mereka akan membawa anak-anak mereka ke restoran lain untuk makan. Jelaslah bahawa kesibukan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat mencuba makanan masyarakat Hakka.

    Selain itu, anak-anak kurang berminat terhadap makanan masyarakat Hakka. Hal ini kerana anak-anak lebih suka makan restoran makan segera yang memenuhi keperluan anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak akan suka makan makanan masyarakat Hakka yang tidak sesuai dengan keperluan mereka. Jelaslah bahawa kanak-kanak akan mengalami masalah kesihatan sekiranya mereka sentiasa makan makanan segera berbanding dengan makanan masyarakat Hakka yang sihat.

    Kemudian, makanan masyarakat Hakka tidak boleh memenuhi pasaran di Malaysia. Hal ini kerana rakyat Malaysia tidak tahu makanan masyarakat Hakka dan kebanyakan makanan masyarakat Hakka adalah haram. Oleh itu, orang Melayu tidak akan mencuba makanan masyarakat Hakka dan menyebabkan makanan masyarakat Hakka tidak dapat diperkenalkan kepada orang lain. Selain itu, orang luar juga tidak tahu tentang cara masak makanan tersebut. Hal ini menyebabkan makanan tersebut tidak boleh memenuhi pasaran antarabangsa.

5.0 Cara mewarisi makanan masyarakat Hakka

Menurut pandangan puan Chin, salah satu cara untuk mengatasi cabaran tersebut ialah mengadakan pameran di sekolah. Pihak sekolah boleh mencari tentang makanan masyarakat Hakka dan mempamerkannya di pameren. Hal ini supaya boleh memberi kesedaran kepada orang lain tentang keunikan masyarakat makanan Hakka di Malaysia. Selain itu, guru-guru yang mahir dalam memasak makanan Hakka boleh memasaknya kepada murid-murid supaya boleh memupuk minat pelajar terhadapnya dan akan akan meminta ibu bapa mereka untuk membuatkannya. Jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan budaya makanan masyarakat Hakka kepada murid-murid.

 Selain itu, orang Hakka boleh menghantar cara memasak makanan tersebut ke media sosial. Menurut suatu berita, saluran Youtube Friedchillies memaparkan sesuatu video tentang cara pembuatan kek tradisional di Youtube (Luqman Arif Abdul Karim, 2018). Oleh itu, generasi kini boleh merakam orang Hakka yang sudah berpengalaman dalam memasak makanan Hakka tentang cara pembuatannya dan memaparkannya ke media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Hal ini supaya lebih banyak orang dapat membuka restoran sendiri untuk memasak makanan masyarakat Hakka kepada orang lain.

6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, terdapat banyak keunikan budaya masyarakat Hakka seperti sikap kerja keras, sikap merendahkan diri, sikap bersatu-padu dan lain-lain. Selain itu, melalui temu bual tersebut, saya juga mengetahui tentang keunikan makanan masyarakat Hakka seperti teh tumbuk, kiu nyuk, tauhu sumbat dan lain-lain. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam mewarisi makanan masyarakat Hakka, tetapi kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dapat membantu untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Oleh itu, saya berharap agar lebih banyak orang dapat mengetahui secara mendalam tentang budaya masyarakat Hakka supaya generasi pada masa akan datang dapat melihat budaya masyarakat Hakka secara realiti dan bukan di dalam buku atau video sahaja.

7.0 Sumber rujukan

The Patriots. (2017). Jom Kenali Masyarakat Cina Di Malaysia. 

https://thepatriots.asia/jom-kenali-masyarakat-cina-di-malaysia/

Chin Y. M. & Chang Y. F. (2022). Hakka Consciousness in Malaysia: The Perpetuance and the Decline. Majmuah Enterprise, 1, 90-95.

https://expert.taylors.edu.my/file/rems/publication/110097_9587_1.pdf

Utusan Borneo Online. (2014). Generasi muda Hakka perlu kekal budaya, semangat bekerja keras.

https://www.utusanborneo.com.my/2014/06/24/generasi-muda-hakka-perlu-kekal-budaya-semangat-bekerja-keras

Pauline. (2022). Pig’s Trotter Vinegar 猪脚醋 (Mummy’s Recipe). Beautiful Voyager.

https://www.beautifulvoyager.com/pig-s-trotter-vinegar/

Cruise Of Life. (2022). Steamed Chicken Hakka Style. Monica Is In The Kitchen.

https://monicaisinthekitchen.wordpress.com/2022/07/15/steamed-chicken-hakka-style/

Grace. (2018). Poon Choi (Hakka). Nyonya Cooking.

https://www.nyonyacooking.com/recipes/poon-choi-hakka~ryaHuvsvfcWX

Heng, W. (2020). How To Make Hakka Taro (Yam) Abacus Seeds '客家算盘子'. WoonHeng: Plant-Based Deliciousness.

https://woonheng.com/hakka-taro-yam-abacus-seeds/

Judy. (2017). Salt Baked Chicken. The Woks Of Life: A Culinary Genealogy. 

https://thewoksoflife.com/salt-baked-chicken/

Wei. (2022). Stuffed Tofu, Hakka Style (客家酿豆腐). Red House Spice.

https://redhousespice.com/stuffed-tofu

My Lovely Recipes. (2022). Pork Leg Vinegar.

https://mylovelyrecipes.com/recipes/chinese-cuisine/pork-leg-vinegar/

Luqman Arif Abdul Kalim. (2018). Usaha Pulihara Kuih Warisan Tradisional, Elak Pupus. BH Online.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/01/373817/usaha-pulihara-kuih-warisan-tradisional-elak-pupus

8.0 Bukti-bukti Temu Bual


https://youtu.be/xHntF4MvolY







9.0 Maklumat orang sumber




Nama: Chin Pau Ling

Umur: 49

Pekerjaan: Guru

Beliau merupakan keturunan Hakka dan berpengalaman dalam memasak makanan Hakka.


 

Comments